Monday, July 27, 2009

aku marah

aku marah dengan hati aku
Hati yang sering berlembut hati
Mulut berkata lain,hati berkata bukan
Marah sekali dengan hati
Membiarkan benda yang pasti
Membawa parah
Marah dengan hati kerana merelakan apa jua
Sehingga melukakan hati
Marah dengan hati sehingga aku tak percaya
pada hati aku
yang selalu memberi harapan..
Tiada lagi harapan melainkan mencari....
Geram akan kebodohan diri...
Mulut hanya mampu membisu
Hati berucap,menjerit
Tapi tak kedengaran
Seksa hati seksa lagi jiwa
Membiarkan hati melakukan segala-galanya
Pasti tak akan sudahnya
Tak ada gunanya merawat,tak ada guna membalut
Pasti akan terbuka jahitan
Geram dengan diri yang hanya senyum
Pabila dicaci
Menipu hati perkara akan berlalu
Menipu semua orang akan bahagia
Menipu mata,bibir,akal hati
Saat detik akan sedar
Benci pada diri ini
Berucap mengalahkan Perdana Menteri
Berfikir mengalahkan seorang saintis
Berlari mengalahkan seorang pelari terpantas
Namun semua hanya sandiwara
Agar diri ini berpura-pura gah bagaikan
Tiang bendera yang mengibarkan panji-panji
Suatu bayang silam muncul
Ingin lari sepantas kilat,bayang silam
Tetap bisa berada bersebelahan kita
Nyesal kerana perbuatan dahulu
Tidak pernah cukup dikesali
Diselangi dengan air mata sebaldi
Darah dijadikan korban penebusan dosa
Hanya mensia-siakan diri
Cukup dengan sekadar penyesalan diri
Penat tertanggung dosa
rasa serba salah sering membaluti jiwa
Sekian hidup yang penuh penderitaan
pasti akan menjelma
di belakang hari.

biar aku menangisi kekasalan aku seorang diri...menada tangan aku pada yang Esa agar segala dosa kerana aku telah alpa disaat doa aku terjawab.Malu dan teramat segan akan-Nya..Aku hanya mampu menangisi agar dosa aku tertebus jua..Seorang pun aku sudah tidak percaya..Biar aku percaya akan takdir-Nya...Berikanlah kudarat kepada aku Ya Tuhanku.

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...