Thursday, July 9, 2009

tak biarkan.....

Benda yang terlampau pahit dan payah dikenang akhirnya HILANG kerana selama ini aku berpura-pura aku tak pernah mengalaminya.Biarlah sekiranya benda itu pernah terjadi tapi aku tak mahu mengingatinya lagi.Sudah makin pudar ingatan dan perasaan terhadap sesuatu perkara tersebut. Aku kini sudah belajar untuk mengenal apa itu kaca dan apa itu berlian. Sudah makin dapat fokus kerana disengajakan diri dengan pelbagai kerja yang mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Perasaan sakit dan gentar dalam hidup sudah mulai pupus. Sememangnya aku sedar,aku tahu tujuan hidup aku dan apa yang aku mahu. Sekali,hanya sekali. Takkan benarkan pisang berbuah dua kali.Tak benarkan gunting dalam lipatan dan tak ingin membiarkan duri di dalam daging.

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...