Thursday, June 25, 2009

lambaian terakhir

Aku ada sekumpulan kawan perempuan di mana kami banyak persamaan tetapi pelbagai karekter. Kami terdiri daripada perempuan yang berjiwa besar dan kental untuk menempuhi liku-liku hidup sebagai seorang 'pejuang' dalam kehidupan masing-masing.

Pertama,soal percintaan..Para 'pejuang' telah banyak melalui pelbagai slot 'drama' cinta.Samada cinta monyet,cinta anjing,cinta buaya,cinta hantu,cinta nafsu..huh? Manusia memang hebat.
Mendengar kisah daripada mereka,sedikit sebanyak membantu aku dan yang lain. Agar tidak mudah DIPERDAYA oleh sang DURJANA.Haha!! Pelbagai topik telah diutarakan bukan dengan niat untuk memalukan atau menjatuhkan maruah sesorang tetapi atas alasan salah satu PEMBELAJARAN hidup. Lesson of life. That's all.

Okey. Aku kenal seorang 'kayu balak' semasa aku di Tingkatan Enam Rendah,tahun lepas. Saat pertemuaan itu sungguh gembira.Akhirnya aku bertemu dengan lelaki yang boleh 'menghidupkan' suasana aku di sekolah.Aku tercari-cari siapakan geranan lelaki yang banyak memberi senyuman manis tatkala aku memasuki kenderaan bapak aku.Akhirnya,pencarian aku selama 3 minggu membuahkan hasil apabila one of my girls membawa majalah dari sekolah lama beliau. Gotcha!!! Haha..Saat itu,aku mula memburu 'kayu balak' aka SUNTONG.Haha!!! Well..never spoken to each other actually that moment.

Tuhan telah memakbulkan mini prayers aku.Saat itu,aku mula mengenali isi hati 'kayu balak'. Hurmm..Luaran boleh tahan,boleh mencairkan hatiku..hahhaha! (blweks!) tetapi personaliti beliau yang sungguh mengejutkan iaitu,kasar dan lain-lain menyebabkan aku patah balik aka patah hati. Hahaha..tapi aku tak mudah mengalah..Haha!!

AKu sudah mulai tak kisah tentang si SUNTONG itu dan mula memfokuskan apa yang aku ada pada ketika itu. Pada suatu pagi yang hening dalam Sastera 2,ada seorang penglipur lara telah meluahkan isi hatinya yang terbuku selama sebulan tentang perasaannya terhadap si SUNTONG.Owh..HAncur hatiku tapi taklah sehancur mana pun..Tak kisah.Hahaha!! Semenjak itu,nama SUNTONG sering didengar dalam kalangan kumpulan pejuang wanita kami.Sehinggakan aku menjadi muak kerana aku pernah menaruh secebis jantungku.Haha!! Well,they got close together.Pendek cerita,populariti lelaki itu telah hilang setelah pemergian penglipurlara yang telah ditetapkan oleh takdir.

Buat masa ini,si SUNTONG memang telah GHAIB dari alam kami. Walau bertembung sekalipun sekadar herdikan manja bisa membuat aku lebih jengkel..Hahahhaa!!!


Cerita ini telah diubahsuaikan. Dan tidak kena mengena dengan antara yang hidup dan mati.Watak2 di dalam cerita ini adalah lakonan dalam bentuk lisan sahaja.Moga terhibur.

*Kisah benar*

Yours,
si kakak anton =)

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...