
Di manakah awak sekarang? Sudah puas saya mencari awak. Saya buntu. Kemanakah awak menghilang? Teringat saat saya bersama awak. Rindu saya kepada awak sangat mendalam sehinggakan dada saya ini mahu pecah. Hujan di siang hari mengingat saya kepada awak. Dulu awak lah yang menjadi sang suria di saat aku memerlukan cahaya.
Kenapa awak pergi meninggalkan saya tanpa mengucapkan selamat tinggal? Saya mencari awak seperti orang gila. Entah kemana awak menghilang. Sudah puas aku berjalan mencari pengganti awak tapi tiada siapa yang bisa. Hanya awak saja yang berjaya mengambil hati saya ini. Mengapa awak sungguh kejam? Membiarkan perasaan saya terhadap awak semakin mendalam. Geram sungguh saya. Saya sering melihat kalendar yang pernah awak berikan kepada saya suatu masa dulu. Bergenang air mata apabila saya tahu awak hilang begitu saja.
Saya membiarkan sesiapa saja menyentuh hati ini tapi tiada yang berjaya. Saya melihat awak dalam diri mereka.
" Minnn!!!!!!!!!!!!!"
Saya masih teringat awak memanggil nama saya sambil berlari-lari ke arah saya. Sungguh sedih mengenang kembali zaman itu.
Saat ini lah tidak dapat saya lupakan.Sampai bila-bila.
" Min,mun saya sikda dengan awak,awak jaga diri ok?"
" Aieh! Kenak klaka macam tok Zai? Sik suka saya,"
" Mena la. Mun saya sikda,awak mesti jaga diri awak dengan baik-baik,"
" Awak tok bagi saya takut lah. Awak g cney Zai?"
" Sikda. Madah jak lah Min. Saya sayang awak,Min. Ingat janji kita,"
" Zai,saya sik paham apa yang awak kalaka tok...Aok.Akan saya ingat janji kita,"
Zai mencium dahi saya dan saya dapat merasakan perasaan Zai. Perasaan takut dan sayang yang mendalam.
Awak berjalan dengan pantas membiarkan saya keseorangan. Saya selalu ke tempat kita lepak bersama dulu. Saya masih ingat..Saya pernah bergambar membelakangi kamera awak,Zai. Sungguh berat hati ini apabila mendapat tahu awak meninggalkan saya tanpa khabar. Tapi saya sedar ada sebab awak berbuat demikian. Saya tetap tunggu awak,Zai.
No comments:
Post a Comment
Plwease komen deng...