Pipi,nama aku. Aku ingin berkongsi cerita tentang kisah DINDING aku. Dinding aku berwarna putih. Tiada sebarang corak ataupun warna lain melainkan putih. Tidak tersentuh dinding aku. Aku gelar dinding aku,DINDING PIPI. Bermulalah kisah aku.
Aku ke sekolah,abah yang hantarkan. Pulang begitu juga. Aku selalu tunggu di perhentian bas di hadapan sekolah aku. Di sana aku dapat melihat musuh-musuh aku berdiri menunggu bas awam. Ingin sekali aku menolak mereka ke tengah jalan raya. Haha! Sungguh liar imaginasi aku. Jantung aku seperti berhenti seketika saat kepala aku pusing 180 darjah ke timur. Aku melihat seorang lelaki berkulit cerah memeluk buku teks tebal di hujung perhentian bas. Mata aku terpana seketika. Budak barukah? Hati aku bertanya. Mungkin. Tidak aku hiraukan. Tetapi aku tidak mengerti mengapa mata aku sering melihat ke arah nya. Seperti daya magnet.
Lima belas minit berlalu. Abah belum tiba lagi. Resah aku dibuatnya. HP aku 'low batt'. Tak dapat membuat panggilan. Aku tengok sekeliling,hanya aku dan lelaki cerah itu yang tinggal. Pelik! Kenapa dia belum pulang lagi? Aku tidak sedar aku melihatnya sehinggakan dia perasan.
Dia melihat aku!! Oh. Aku terus buat derk. Haha! Tiba-tiba aku merasakan ada sesorang meuju ke arah aku. Hati aku berkata," Mesti dia ni," Tekaan aku benar!
Dia ingin berbual dengan aku. Rupanya dia tidak tahu bas nombor berapa ke pasar. Aku memberitahunya dengan nada yang sopan sambil mata kami bertentangan. Oh. Begitu indah rasanya.
Akhirnya,Abah aku sampai. Muka aku masam mencuka apabila masuk ke dalam kereta abah. Semasa aku ingin menutup pintu kereta abah aku,aku sempat melemparkan senyuman aku semanis-manisnya kepadanya.
Apakah ini cinta pandang pertama? Pipi!
Hari-hari aku penuh dengan ceria sang pelangi. Aku hanya mampu melihat nya dari jauh. Tak berani aku meluahkan hati aku kepadanya kerana aku tahu,tidak mudah bagi aku mendapatkannya. Tiap kali mata bertentangan,hati ini berdegup dengan lebih kencang. Senyuman di bibir ini sering terukir. Indahnya sekira dia tahu perasaan aku yang bernama Pipi.
Setahun kemudian,perasaan aku masih ada.Masih sama. Tidak mudah aku lupa saat pertama aku bertemu dengan nya. The moment was so vivid. Aku sedih kerana dia punya seorang teman. Wajar baginya. Aku memang tidak mengharapkan apa-apa daripadanya. Biar saja cinta aku dalam hati. Hanya dia yang ada di hati aku. Terluka hatiku,tiada yang tahu. Ku relakan dia. Inilah fasa kehidupan aku sebagai Pipi.
Dinding Pipi dulunya penuh dengan warna-warni dan corak yang pelbagai. Kini,sudah tahu kekasih gelap punya teman,dinding itu mulai hilang warnanya. Kembali ke warna asal,putih. Aku hanya menunggu 'pelukis' yang baru untuk melukis corak dan mewarnai dinding aku,Dinding Pipi.Sakitnya hati apabila dia tidak tahu perasaan aku,wahai pelukis cinta pandang pertama aku.
No comments:
Post a Comment
Plwease komen deng...