Saturday, May 15, 2010

Cikgu Antonia,tertanam begitu saja

Harapan aku menjadi seorang pendidik musnah sekali lagi. Ini kali kedua impian aku tidak tercapai. Tidak mengapa. Aku mengerti. Ini kerana persaiangan yang sengit dan banyak serta guru lelaki kurang dan lebih menumpukan perhatian terhadap pengambilan guru lelaki. Aku tetap bangga kerana keputusan STPM aku mampu melayakkan aku ke Universiti. Sungguh kecewa apabila mendapat tahu bahawa aku tidak berjaya melayakkan diri ke temu duga. Ujian Medsi sudah dan dijawab dengan sejujur-jujurnya. Apapun,nasib tidak menyebelahi kita. Kata ibu aku,

" Tuhan tidak akan memberi dengan mudahnya dengan apa yang impikan,"

Nampaknya,pelbagai rintangan yang perlu aku lalui. Ini bukan kali pertama ya. Ini kedua kali aku direject untuk menjadi seorang guru. Apakan daya. Barangkali aku akan mendapat yang lebih baik. Can't wait. (:

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...