
Penyakit yang amat terkenal dengan KE-TERER-annya membunuh manusia semakin menular secara berleluasa. Siapa tak kenal dengan pembunuh yang kejam,Encik H1N1. Kekejamannya tidak tertanding dengan Encik SARS.Erti kata lain,kalahlah En SARS. Ketakutan manusia terpanjar daripada riak muka yang licin dan berkedut apabila mendengar berita kematian yang semakin meningkat di corong-corong radio. Manusia semakin gelisah apabila kematian kanak-kanak muda dan wanita diwawarkan. Semakin menakutkan apabila jiran di sebelah membakar hutan. Kepulan asap terbentuk dan terjadilah jerebu yang kian menebal. Rakyat di Sarawak semakin runsing tatkala Encik H1N1 semakin kejam,jerebu yang kian menebal,KEKURANGAN AIR yang menjadi sumber kehidupan seharian rakayat disini. Kenapa langkah sering dilakukan selepas sesuatu keadaan. Langkah yang lambat seperti " mahu berak,baru mahu bina jamban". Fikirkan lah..tapi ada kebaikannya kerana telah sedar akan dasar keperimanusiaan.
Suasana di sekolah aku semakin suram kerana pelbagai 'pesta' yang berlaku. Ibu bapa takut anaknya akan mendapat sakit lelah kerana jerebu.Bersih kah di dalam rumah itu? Kipas yang berdebu seperti gumpalan debu jerebu. Takut anak-anaknya mendapat simptom 'cinta' Encik H1N1 dan ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Semangat aku hendak STPM semakin luntur kerana 'pesta' ini sering mengganggu fikiran aku. Bukan senang untuk menumpukan perhatian kerana keadaan yang panas seakan api membakar kulit..udara seperti ragu-ragu untuk aku hidu dan yang paling menyeksakan rasa hidup ini di dalam vakum. Oh Tuhan..sudah tuakah dunia ini?
No comments:
Post a Comment
Plwease komen deng...