Baru aku sedar rupa-rupanya dunia ini bukan lah segi empat tepat..Rupa-rupanya bujur..Hairan dengan semua yang berlaku sememangnya harus berlaku. Ingin menjadikan dunia indah tapi ada juga yang menjanjikannya neraka.Tiada penghujung keseksaan kerana dunia sememangnya BUJUR.Akan berbalik pada yang asal. Yang lama bertemu dengan yang baru.Yang baru bertemu dengan yang lama. Ingin bernyanyi tiada siapa yang sudi mendengar.Ingin berjumpa tiada yang ingin. Ingin bercinta tapi tiada yang berani mengkotakan janji. Indahnya dunia jika ianya segi empat tepat. Bucu bertemu dengan bucu.
Sandiwara yang sering terpampang di wajah kesenduan membuatkan air mata racun jatuh ke bumi. Tanah bumi akan menjadi gersang kerana akhlak remaja di dunia bujur kian runtuh dek arus pemodenan. Tiada lagi hilaian semangat.Tinggal sekujur tubuh mencari bayang yang molek.
Tiada yang pernah molek di dunia bujur.Yang ada hanyalah derita.Molek kepalsuan sememangnya benar. Manusia hanya senyum tapi berlidahkan bisa.
Hujan di siang hari menusuk kalbu.Hujan di malam hari sudah dijangka.Hanya payung iman saja yang tinggal.Menyelamatkan manusia dari bahang dan lidah api neraka. Jam berdetik menunjukkan kesuntukan waktu. Waktu untuk berubah akan berhenti tatkala manusia sedar akan kesilapan dan kerendahan diri. Keangkuhan yang boleh melalaikan manusia hanya menjadi mangsa gigi-gigi syaitan di dunia NERAKA.
No comments:
Post a Comment
Plwease komen deng...