Tuesday, October 13, 2009

Tinggalkan aku Mister.!


Mister Kopi mencari aku tiap-tiap awal pagi.Aku buat bodoh sebab beliau sering menyakitkan hati aku. Dahlah pahit..bagi aku pening kepala.Aku beralih kepada Encik Milo. Encik Milo memang sudah manis so dia bukan berbibirkan gula. Tak perlu letak gula. Karakter beliau yang agak pekat sudah berjaya menambat hati aku. Aku lebih suka kalau Encik Milo peluk aku tika aku kesejukan. Memang lebih memahami daripada Mister Kopi.
*************


Mister Kopi sudah bosan dengan aku. Diam seribu bahasa. Aku hanya menjeling tajam dan memberi senyuman sinis. Cik Susu pula mulai menggoda Mister Kopi. Mister Kopi mulanya tolak tetapi akur tatkala Cik Creamer lari dengan Encik Kopi Tongkat Ali. Aku rasa Encik Air Mineral kesepian dan merasakan dipergunakan oleh aku terutamanya. Aku sentiasa ingat akan Encik Mineral. Hanya aku yang mampu membuat langkah pertama. Mister Kopi dengan Cik Gula.Betapa gembiranya aku pabila mendengar khabar yang mereka akan menimang cahaya mata baru. Encik Teh sedang mencari pasangannya. Tapi malang hanya kaum Adam saja meminati beliau..HAHA! Kesian dikau Teh.


semanis dan romantik
bagaikan STRAWBERRY & COKELAT =)
lafazkan janjimu wahai hidup aku
keriangan berlagu
asmara pun bertemu
antara aku dengan Milo (HAHA)
Kau satu-satunya aku mahu
seandainya pertemuan ini hanya mimpi..
oh jangan
semanis & romantik

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...