Segala urusan sudah selesai. Hari ini aku ingin rehat sepuas-puasnya. Penat aku beberapa hari yang lalu. Terlampau sibuk menguruskan segala macam hal untuk ke Uni. Last week aku sibuk membeli pakaian,barang keperluan yang minima dan akan membeli di Kota Kinabalu nanti. Berurusan dengan pejabat JPN,bank,pihak sekolah,pos office sungguh menyeksa jiwa TETAPI telah menngajar aku untuk menjadi seorang yang TABAH dan TAHU mengurus segala urusan rasmi tanpa sebarang bantuan daripada ibu bapa. Saja hendak menyusahkan diri agar tidak kelihatan bodoh di kelak hari. Banyak peristiwa berlaku. Sungguh seronok melakukan urusan rasmi bersama dengan teman-teman baik. Di sana kita dapat melihat kesetiaan dan kesanggupan seorang teman semasa susah dan senang kita. Moga segala impian dan cita-cita kami akan tercapai. Jumaat ini akan aku terbang ke Sabah untuk membuka lebaran baru sebagai seorang mahasiswi. Aku berharap aku tidak akan menghampakan orang di Kuching. Akan aku belajar sungguh-sungguh kerana untuk melewati peringkat ini aku melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap perjalanan hidup aku sebagai pelajar sekolah menengah rendah,atas memberi kesan yang mendalam. Indahnya perasaan ini apabila mengetahui aku berjaya masuk ke IPTA. :)
No comments:
Post a Comment
Plwease komen deng...