Friday, June 11, 2010

Kau yang bernama CINTA

Pada masa aku menyedari sepasang mata memerhatikan aku,aku sedar balasan kepada pandangan mata aku mampu membuatkan hati dia cair seperti mentega yang sedang dicairkan di atas kuali leper. Aku pada ketika itu tidak punya perasaan apa-apa kerana hati ini pernah dilukai. Aku takut untuk merasakan perasaan yang baru. Luka di hati ini belum sembuh sepenuhnya. Daripada pandangan matanya itu, hati kecil aku terdetik bahawa dia punya perasaan terhadap aku. Hanya aku yang mengelak segala perasaan itu. Ini disebabkan luka dan sejarah lama aku.


Aku jalani rutin harian aku dengan penuh harapan agar tidak akan jatuh cinta lagi. Bukan pada masa terdekat ini. Aku sering berdoa agar Tuhan jauhkan perasaan cinta dan sayang itu daripada aku buat masa itu. Nyata,perasaan itu muncul dan terdetik lebih awal. Aku belum sedia untuk menerimanya.


Saat perbualan pertama kami,kami mampu memberi senyuman yang lebar selebarnya. =)
Hati yang luka mampu berbunga. Oh,indahnya perasaan ini. Aku punyai pilihan. Samada untuk lari atau kenal dia dengan lebih dekat. Jadi,aku memilih untuk mengenali dia dengan lebih dekat.Entah mengapa aku bertindak sedemikian. Ini mungkin disebabkan cinta pandangan pertama? *sigh sigh*

Persahabatan mulai terjalin dengan makan tengah hari,makan malam bersama,lepak bersama,berkongsi cerita dan pengalaman. Suka dan duka dirasa bersama sehingga warna kami berdua sebenarnya muncul. Dengan menerima kelemahan dan kekurangan sesorang itu menjadikan persahabatan kami semakin erat. Akhirnya dia memutuskan untuk menjadikan aku sebagai teman rapat/istimewa a.k.a GEREKnya. Aku memberi jawapan yang cukup ringkas. Terlampau ringkas sehingga menyebabkan dia tidak mudah memahami. Jawapan aku itu ialah,

" Kenak cepat gilak?" Maksudnya,kenapa cepat sangat??

Dia agak terkejut tetapi reaksi dia terhadap jawapan aku sungguh meruntun jiwa. Dia menjawab dengan tenang bahawa dia menghormati keputusan aku. Bukan aku hendak memuji. Ini adalah pertama kali seorang lelaki betul-betul menghormati kehendak dan keputusan aku. Sepanjang tempoh 'kenal hati budi masing-masing',terus-terang aku katakan TIDAK PERNAH seorang lelaki yang benar-benar melihat mata aku ini dengan penuh perasaan. Dia melihat aku seperti dia benar-benar punya perasaan ikhlas terhadap aku. Bukan aku hendak berjiwang di sini tetapi ini adalah kenyataan. Maaf sekiranya konten blog aku pada masa ini terlampau jiwang. Hehehe!!! (:

Tidak pernah walau seorang pun bekas kekasihku yang lain tidak pernah memberi pandangan yang betul-betul ikhlas. Aku betul-betul merasainya. Beberapa kali aku menafikan,hati aku tetap mengiyakannya. Cara dia melihat aku seperti dia betul-betul jatuh cinta dengan aku. Ini pengertian aku lah.Haha!! Sungguh jujur perasaan kitak pada masa ya ngan kamek.


Hubungan kami berdua diuji dari segi 'understanding each other'. Aku belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaannya yang sungguh baru bagi aku. Vice versa.

Setiap kali bertemu,mata dan bibir sentiasa tersenyum. Gelak ketawa selalu kedengaran. Banyak kenangan yang kami lalui. Hati ini mulai jatuh cinta. Apakah ini perasaan jatuh cinta? Tidak dapat aku nafikan perasaan ini. Terlalu dalam. Aku menjadi diri aku apabila bersamanya. Sungguh selesa di sampingnya. Tiada siapa yang dapat memberi pandangan sebegitu kepada aku. Hanya dia,dildil aku yang mampu.

Dia tidak seperti lelaki lain yang pernah aku temui,setakat ini. Dia lain daripada yang lain.

2 comments:

  1. oh..hatiku tersentuh bila membacanya.. SANGAT SANGAT JIWANG..haha..

    ReplyDelete
  2. mmg sgt sgt jiwang......tidak dinafikan...hahhaha!!!

    ReplyDelete

Plwease komen deng...