Tuesday, September 7, 2010

NINI ANT

Semangat aku hendak ke pulang ke tempat lahir aku, Kuching Sarawak sangat sangat tidak dapat aku bayangkan. Makan tak lalu..tidur tak lena. Pada 6 September, sahabat baik aku Nini menjemput aku di Kampung E UMS dengan menggunakan teksi berwarna biru putih. Apek teksi sungguh peramah. lega hati aku. Perjalanan ke lapangan terbang KK,Terminal 2 membawa erti yang bermakna. Bukan aku meninggalkan KK buat selama-lamanya.. Hanya untuk beberapa hari saja. Hehe.. Cuti raya. Cuti ini akan aku untuk akan dengan sebaik-baiknya.
Perasaan tak sabar hendak pulang ke Kuching untuk berjumpa dengan seseorang tidak dapat aku gambarkan.

Pengalaman bermalam di airpot sungguh menyeronokan apabila bersama dengan sahabat baik aku, Nini. sudah lebih dua bulan tidak berjumpa,banyak benda yang kami bualkan sehinggakan air mata menjadi peneman kami.

Selepas mengalas perut di KFC,kami berdua mencari tempat untuk menonton drama bersiri popular TV3,AdaMaya ;)

Kami berdua penuh perasaan. Nini tidka tidur kerana terlalu obses dengan drama ini. Aku, hanya menemani Nini. Ini disebabkan aku sudah menonton drama ini beberapa kali di bilik aku bersama dengan Anis dan Lia.

Out of no where, kami berjumpa dengan uncle and aunty kantin sekolah menengah kami dulu. Masih juga aunty itu ingat wajah aku. Nini sukar dikenalpasti kerana di sekolah dulu,Nini bertudung.. jadi..agak sukar untuk orang detect. Haha!

7September

Masa yang ditunggu-tunggu kami berdua. PULANG KE KUCHING!!!! Perasaan kami pada saat itu sangat-sangat lah bahagia. Hanya senyuman yang mampu kami ukirkan di wajah.

Aku dapat berjumpa dengan buah hati aku! Hehe!! My family of coz!

So.. Hap[y Holiday!!!

No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...