Wednesday, September 1, 2010

Anton & Lia

Antonia berada di UMS selama dua bulan lebih. Ini bererti dia sudah jauh daripada keluarga,besties,sayang selama dua bulan. Antonia belum lagi menitiskan air mata sebanyak satu baldi sebab homesick. Antonia berjiwa kental. Antonia buat bodoh. Setiap petang hari Jumaat selepas kuliah Akaun, Antonia dan kawan rapatnya dari Kuching, Sarawak juga,Lia pasti berada di Bayu Cafe. Di sana mereka berdua melihat matahari terbenam dari kerusi malas kayu dan melihat pulau seberang Bayu Kafe. Sesi dialog bermula.

" Sulu, cubalah Kuching seberang ya jak," kata Lia kepada Ant.
" Aok ar. Ulih la tua kin tiap ari. Bisi d meda Wisma Saberkas,the Spring?" jawab Ant.
" HAHA!!!"

Translation:
" Sayang,cubalah Kuching seberang tu ja," kata Lia kepada Ant.
" Yala. Boleh kita ke sana setiap hari. Ada kau tengok Wisma Saberkas, the Spring?" jawab Ant.

Antonia dan Lia ketawa terbahak-bahak sehinggakan abang yang tengah menggoreng mee menoleh dengan renungan yang penuh misteri. Takut agaknya dia melihat mereka berdua ketawa sedemikian kerana seperti dirasuk. Ops!

Berbual punya berbual tidak sedar dan masa terlalu mencemburi mereka berdua. Jam 7 malam rupanya. Lia dan Antonia berjalan ke arah bus stop yang bertentangan dengan Sekolah Seni. Di sana Lia ditinggalkan kerana Lia tinggal di Kampung CD dan Antonia tinggal di Kampung E.

Terasa dekat dengan Kuching apabila berkelaka dengan si Lia.


No comments:

Post a Comment

Plwease komen deng...